Archive for November, 2007

Pemerhatian Orang Penang

Thursday, November 8th, 2007

Kalau anda orang Penang, kalau emak atau ayah anda orang Penang; Rasanya anda sudah tentu tahu bahawa Penang dan mamak adalah hampir sinonim.

Bak kata seorang kenalan aku "Kalau tak ada mamak bukan Penang la".

Makanan Penang yang best-best pun kebanyakannya hasil buatan/ciptaan mamak. Nasi kandar, roti canai (Chennai), teh tarik, apa lagi? macam macam ada.

Orang Penang pun, walaupun selalunya dipanggil Melayu secara umumnya, aku yakin kebanyakannya berdarah India. Pasti ada nenek atau datuk atau moyang atau lebih atas lagi yang asalnya dari India. Termasuklah aku.

Dari sebelah ayah aku, ayah kepada datuk ayah aku (ini dipanggil apa? Moyangkah? aku pun kurang pasti) datangnya dari Punjab, berkhidmat dengan British dan akhirnya menetap di Tanah Melayu.

Dari sebelah emak aku pula, datuk kepada emak aku sememangnya dari India selatan, Chennai atau kawasan lain yang sewaktu dengannya (pun kurang pasti).

Agak kagum jugak jadinya aku bila aku fikirkan macam mana orang zaman dulu-dulu ini sanggup menyeberang laut, bekerja (berniaga aku rasa) dan berkahwin dengan orang dari bangsa lain dan akhirnya menetap di sini. Mesti banyak cabaran yang telah mereka tempuhi.

Tapi disebabkan ada admixture darah siam~pattani, maka rupa bentuk mamak tidaklah terlalu dimenifestasikan pada muka aku (haha adakah wujud ayat macam ini? wujud kot). Ya, tahukah anda, di Seberang Perai Utara atau kalau mat salleh katanya ‘Province Wellesley’, ada sebuah kawasan yang tidak jauh dari pesisiran pantai yang namanya adalah Penaga?

Penaga ini adalah antara penempatan awal orang Pattani yang berundur semasa Pattani diserang dan dijajah Siam pada zaman dulu (pun kurang pasti zaman bila).
Orang Pattani ini boleh dikenal pasti dengan rupa mereka yang ala-chinese (memang bersangkut paut pun) kulit selalunya cerah, mata selalunya sedikit sepet/kecil, rambut selalunya lurus dan kadangkala sedikit merah atau kuning (naturally ya, bukan dye).

Setelah beratus tahun menetap di Penaga dan becampur dengan komuniti tempatan, semuanya dipanggil melayu sahaja. Tapi kalau anda datang ke Penaga, cuba-cubalah perhatikan, masih ada orang-orang Penaga yang ‘unmistakably’ pattani.

Jadi, kadangkala bagi mereka yang wujud hari ini hasil dari perkahwinan antara orang-orang mamak dan pattani, rupa mereka menjadi sangat bervariasi.

Semua ini adalah hasil observasi aku ke atas keluarga (semualah, pakcik, makcik, sepupu, tok2 etc ) aku sendiri. Ada yang gelap kulitnya dan mungkin boleh disalah anggap sebagai imigran baru dari India walhal memang Malaysian sejati pun, ada juga yang emak dan ayah rupa macam Juhi Chawla dan Shah Rukh Khan tapi anaknya nampak mcm Wang Lee Hom (salah seorang sepupuku).

Cthnya: (harapnya point di atas dapat di illustrasikan dengan jelas)

Me_and_cozed

Dsc00597ed

Ya Penang memang sebuah tempat yang menarik!

Ok lah, cukup la kot tulih sampai sini, aku nak pi pekena teh tarik dengan nasi kandaq dulu. Bye

Di bawah ingin aku kongsikan something aku baca dari artikel BBC berkenaan kajian bangsa dan genetik manusia di Brazil:
————————————————————————————–

Scientists, from the University of Minas Gerais in Brazil and the
University of Porto in Portugal-

"There is wide agreement among anthropologists and human geneticists that,
from a biological standpoint, human races do not exist," said one of the
researchers, Sergio Pena.

"Yet races do exist as social constructs," Dr Pena and his colleagues said.

————————————————————————————

Shift

Thursday, November 8th, 2007

The gears of destiny are rotating, the clunking sound it’s making is becoming more and more apparent day by day.