Logika
Saturday, January 26th, 2008Logik itu penting ya adik-adik.
Sebab itulah apabila si ejen FBI Paul Kendler mula membebel ketika Dr. Hannibal bersembang dengan ejen Clarice di meja makan malam. Dr. Hannibal berkata:
"If you can’t keep up with the conversation, you’d best not join in at all"
Tapi sudah tentulah, nak salahkan Paul pun tak betul juga sebab dia sudah disuntik dadah cap apa entah, sampaikan tempurung kepala dah kena gergaji pun masih boleh melalut-lalut dan ketawa.
Keliru? Ya, mungkin keliru jika tidak pernah menonton Hannibal, sekuel kepada Silence of The Lambs. Tapi itu bukan tujuan aku menulis hari ini, tidak..bukan untuk mempromosi filem.
Apa yang cuba aku sampaikan adalah logik itu penting. Kalau otak tidak logik, situasi selalunya susah, tiada klariti.
Berkabut sepanjang masa.
Btw, kalau nampak muka aku jadi macam ini, baik kau tutup mulut dan ‘chow’ sahaja ya. Terima kasih.


