Aku kreatif.
Tapi aku rasa lagi lama aku melalui proses ‘pendidikan’ dari sekolah sampailah ke universiti, lagi kreativiti aku dikekang.
Bukan saja dengan sistem sistem yang ada, tapi juga dengan manusia manusia lubang jubur (assholes) yang ikut sistem ini semua religiously sampai ke tahap menyusahkan orang lain. Hoi manusia lubang jubur, fuck you all!
Ok, jadi ini adalah salah satu bukti kreativiti aku, kalau ada yang rasa ini tak kreatif, sila tumbuk muka sendiri kuat kuat dan sedut serbuk cili ikut hidung. Para lubang jubur sekalian pun sila turut serta.
Masa aku kecil dulu aku pernah mencipta satu jenis perangkap sakti lagi hikmat. Nama perangkap ini adalah ‘Perangkap Tahi Ayam’.
Untuk melaksanakannya kenalah berada berdekatan sangkar ayam, dan masa yang paling tepat untuk menjalankan perangkap ini adalah masa memberi ayam makan.
Ajak mangsa supaya teman kamu untuk beri ayam makan. Apabila mahu membuka bekas makanan ayam (gandum/beras), tumpahkan semuanya dan buat-buat seolah-olah itu satu kemalangan.
Lepas itu, mula kaut semula makanan ayam yang tumpah tadi ke dalam bekas. Ok, apabila sudah sampai tahap ini, minta tolong mangsa kamu kaut makanan ayam sekali. Apabila dia sibuk mengaut, tumpahkan lebih kurang segenggam makanan ayam ke atas mana mana tahi ayam yang kelihatan. Kemudian minta dia untuk kaut tumpahan tersebut, katakan itu sisa-sisa terakhir yang perlu dikutip.
Mangsa akan mengaut tumpahan terakhir dan tangannya akan terkena tahi ayam. Itulah ‘Perangkap Tahi Ayam’.
Bagaimana? Kreatif? Kalau rasa tak kreatif, tahulah kamu apa yang perlu dibuat.
